Diam Seribu BahasaDia diam je sepanjang ada
dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan
atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita
seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk
dengan kita.Buat Tak TahuDia akan buat tak tahu dengan kita.
Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat
acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar (pekak
betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab dia
bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.Menolak Untuk Makan BersamaBila lelaki merajuk
biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan
bagi alasan seperti “awak makan la dulu, saya kenyang lagi la..lagipun,
saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar… nak uji
dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )Masam MukaTindakan yang ni ialah tindakan yang
paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak
tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang
dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat
muncung dia)Baca Surat KhabarBab ni memang tabiat orang
lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab
maknanya jiwa dia tak tenteram & ada sesuatu yang mengganggu diri
dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.Menonton Televisyen Hingga Lewat MalamDia akan
tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan
kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain. Kita kena peka beb!Keluar Rumah Tanpa BeritahuAda lelaki yang tak
akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita
jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan
buat dek je!Matikan Telefon BimbitHa ni satu lagi tabiat
lelaki. Dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk
mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia
& bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar
suara kita takut perasan marahnya lagi kuat… Alaa, bila dah rindu call
jugak last-lastnyer!Hisap rokokMacam tak pernah dapat rokok setahun…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan